MENU

16 September 2012 - Sambutan Hari Malaysia ke 49 Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di Padang KTMB, Tumpat, Kelantan. Sambutan tersebut telah diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut menyampaikan ucapan aluan sempena sambutan Hari Malaysia.

Pelbagai acara menarik telah diatur sepanjang sambutan tersebut antaranya ialah pertunjukan Muay Thai kanak-kanak, pertunjukan Wushu oleh Persatuan Wushu Negeri Kelantan, pertunjukan Seni Silat Gayung oleh Persatuan Seni Silat Gayung Negeri Kelantan, Deklemasi Puisi oleh pelbagai wakil kaum, pertunjukan T-Batton oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pertunjukan tanpa senjata oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).  Turut diadakan ialah perarakan Jalur Gemilang gergasi diikuti dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada Menteri Besar Negeri Kelantan.

Sambutan Hari Malaysia ke 49 Peringkat Negeri Kelantan

Sambutan Hari Malaysia ke 49 Peringkat Negeri Kelantan