MENU
  • Pembersihan kawasan  Majlis Daerah Tumpat pada tiap-tiap hari bekerja,  mulai pukul 7.30 pagi hingga 4.15 petang.
     
  • Pemungutan sisa pepejal di kawasan perniagaan dan tong sampah berpusat diangkut pada tiap-tiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang.
     
  • Pemungutan sisa pepejal di kawasan sekolah dibuat mengikut jadual ditetapkan.
     
  • Sampah dilupus dalam lubang  yang digali dan diratakan oleh jentolak setiap hari.
     
  • Tempat pelupusan sampah ditimbus tanah bila mana ,unag telah penuh.
     
  • Memastikan tempat pelupusan sampah tidak terbakar dan tidak menjadi tempat pembiakan lalat dan mencemarkan alam sekitar.
     
  • Pemotongan rumput di taman permainan,  kawasan lapang,  bahu jalan,  padang dan tempat awam,  dipotong dengan ketetapan masa 21 hari satu pusingan.
     
  • Semua longkang dibersihkan pada ketetapan masa 30 hari satu pusingan ( bergantung kepada keadaan )
     
  • Semua longkang besar dibersihkan sekurang-kurangnya setahun sekali.
     
  • Tempat-tempat awam seperti tandas awam,  perhentian teksi & bas dan sebagainya mesti sentiasa dalam keadaan bersih.
     
  •  Pasar dibersihkan setiap hari oleh penender / pemajak.
     
  • Semua kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan majlis,  JKR,  JPS,  persendirian dan sebagainya,  sentiasa diawasi supaya sisa pepejal dan lain-lain dalam kawasannya sentiasa dalam keadaan bersih.
     
  • Kawasan perumahan yang baru siap,  perkhidmatan diberi sebaik sahaja Sijil Kelayakan Duduk ( SKD) dikeluarkan.
     
  •  Setiap pemaju perumahan sebelum SKD dikeluarkan perlu menyediakan tong sampah awam.
     
  • Anda hendaklah memasukkan sampah sarap ke dalam beg plastik,  diikat kuat-kuat dan dimasukkan ke dalam bekas sampah.
     
  • Mewujudkan bandar Tumpat,  Pekan Wakaf Bharu,  Pekan Chabang Empat dan Pekan Pengkalan Kubor sebagai bandar dalam taman.
     
  • Menanam 10,000 pokok teduhan dan renek dalam setahun untuk penghijauan dan pembentukkan ekologi bandar.
     
  • Mewujudkan kemudahan rekreasi dan keindahan, selesa & selamat diguna.

 

Untuk menjayakan piagam pelanggan ini tuan/puan dikehendaki :

  • Mematuhi segala peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh  Majlis Daerah Tumpat.
     
  • Menggunakan sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh  Majlis Daerah Tumpat.

 

Talian aduan : 09-7256 224

 

Kembali