MENU
  • Permohonan kebenaran merancang dan mendirikan bangunan diterima daripada Unit One Stop Center dan pemeriksaan tapak dibuat dalam tempoh 7 hari.
  • Mengemukakan ulasan perancangan dan bangunan dalam tempoh 7 hari kepada Unit One Stop Center.
  • Permohonan mendirikan rumah sesebuah, bangunan bertingkat , projek perumahan dan kilang yang tiada masalah diluluskan dalam tempoh 4 minggu.
  • Permohonan pelan ubahan dan tambahan kecil diluluskan dalam masa dua (2) minggu dengan syarat mematuhi kehendak teknikal.
  • Permohonan yang bermasalah diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC untuk perakuan kepada Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Tumpat dalam tempoh 1 bulan.
  • Sijil Kelayakan Menduduki bangunan diluluskan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan Borang `E' (Undang-undang Kecil Bangunan Seragam) dan surat akuan pemohon disertakan dan tidak bermasalah.
  • Permohonan SKD bermasalah diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC untuk perakuan kepada mesyuarat penuh bagi mendapat keputusan dalam tempoh 2 bulan.
  • Permohonan permit untuk kerja-kerja kecil akan diproses dalam tempoh 2 minggu.
  • Permohonan permit akan diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan untuk perakuan kepada Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Tumpat.
  • Penyediaan ulasan perancangan bagi permohonan ubahsyarat tanah, pecah bahagi tanah, pecah sempadan tanah, serahbalik dan berimilik semula, sewa tanah kerajaan, milik tanah kerajaan dan penyatuan lot kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat dalam tempoh 30 hari.

 

 

Kembali