MENU

Kelantan menang bot berhias paling popular

WARTAWAN SINAR HARIAN

9 JUN 2016

 

KOTA BHARU - Kelantan mencipta kejutan apabila menerima penghargaan bagi kategori bot berhias paling popular sempena Magic of The Night yang berlangsung di Putrajaya bermula 27 Mei hingga 4 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman, mewakili Kelantan menerima anugerah tersebut.

Rekaan yang diwakili Majlis Daerah Tumpat itu menerima 86,000 ‘Like’ di Facebook.