MENU

AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

(Akta 133)

 

Suatu Akta untuk membina dan menyatukan undang-undang berhubung dengan jalan, parit dan bangunan dalam kawasan-kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia, dan bagi maksud-maksu yang berkaitan dengannya.

 

Tafsiran Mendirikan Bangunan –Bahagian V, Seksyen 70 (16)

(a)      Memulakan kerja di atas tapak bangunan baru.

(b) Menambah atau mengubah mana-mana bangunan yang sediada samada di atas asas tapak baru atau bina atas bumbung atau dinding sediada.

(c) Ubahsuai bangunan yang bukan asalnya kediaman manusia kepada rumah kediaman

(d) Ubahsuai bangunan yang asalnya satu rumah kediaman kepada lebih sari satu kediaman

(e) Ubahsuai rumah kediaman kepada maksud- maksud lain

(f) Melencung plan atau penentuan yang telah diluluskan oleh PBT pada bila-bila masa.

(g) Membaharui atau membaiki mana-mana bangunan sediada dengan cara membina semula sesuatu dinding sebelah luar atau dinding dua pihak setakat satu tingkat tingginya.

(h) Meruntuh dan membina semula atau menambah kepada sesuatu bangunan dengan cara

(i) 1/2 daripada luas permukaan dinding dan sekatan

(ii) 1/2 daripada luas permukaan lantai

(i) Membina suatu tingkat atau tingkat-tingkat tambahan atau membaharui, membina semula atau mendirikan suatu dinding sebelah luar atau dinding dua pihak pada tingkat satu, dua dan seterusya.

Seksyen 70 (1) , Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) - Menyatakan  bahawa tiada seseorang boleh mendirikan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan.

Seksyen 70 (2) , Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) - Seseorang yang bercadang mendirikan sesuatu  bangunan hendalah mengemukakan :-

       (a)       Kepada pihak berkuasa tempatan apa-apa

pelan dan penentuan sebagaimana yang

dikehendaki oleh mana-mana undang-undang kecil yang  dibuat di bawah Akta ini ; dan

(b) kepada pihak berkuasa berkanun yang relevan apa-apa pelan dan penentuan berkenaan

dengan system pembentungan sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana undang- undang bertulis lain.