MENU

NOTIS MAKLUMAN

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera

Susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19, Majlis Daerah Tumpat (MDT), Kelantan dengan ini memaklumkan bahawa operasi pejabat MDT DITUTUP BERMULA 18 MAC 2020 (RABU) SEHINGGA 31 MAC 2020 (SELASA). Segala program, mesyuarat dan temujanji yang telah diatur dalam tempoh tersebut ditangguhkan dan dijadualkan semua ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan dengan itu, dalam tempoh penutupan operasi jabatan urusan pembayaran cukai pintu kepada MDT hanya boleh dibuat melalui atas talian JomPay sahaja.

MDT akan kembali beroperasi seperti biasa bermula 1 April 2020 (Rabu) dan tertakluk kepada arahan terkini yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

Dengan perintah,

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TUMPAT
17 MAC 2020 / 22 REJAB 1441H