MENU

MAJLIS DAERAH TUMPAT

 

نوتيس

NOTIS PENGOPERASIAN PREMIS PERNIAGAAN

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa 18 hingga 31 Mac 2020, aktiviti perniagaan di kawasan Tumpat hanya beroperasi seperti berikut:

BIL

PERNIAGAAN

WAKTU OPERASI DIBENARKAN

1.

Pasar Besar, Pasar Awam dan Pasar Basah untuk pelanggan berumur 18

tahun ke atas dan dihadkan tidak lebih daripada 2 orang sahaja dalam 1

keluarga. 

7.00 pagi hingga 2.00 petang

2.

Semua Essential Services yang lain untuk pelanggan yang berumur 18 tahun ke atas sahaja kecuali perkhidmatan dalam sektor perkhidmatan dalam sektor kesihatan seperti klinik, farmasi, pusat hemodialisis dan seumpama dengannya.

7.00 pagi hingga 7.00 malam

3.

Perkhidmatan dalam sektor kesihatan seperti klinik, farmasi, pusat hemodialisis dan seumpama dengannya.

Waktu operasi seperti biasa dibuat sebelum ini.

4.

Kedai / Premis makanan terhad, perkhidmatan penghantaran (delivery),

pandu laju(drive-thru) dan bungkus (takeaway)

7.00 pagi hingga 7.00 malam

5.

Pasaraya, kedai runcit, kedai serbaneka 24 jam

7.00 pagi hingga 7.00 malam

6.

Stesen minyak (Pengusaha hendaklah memastikan bahawa kelengkapan hand sanitizer yang mencukupi disediakan dan digalakkan menempatkan petugas pam untuk membuat pengisian minyak.)

7.00 pagi hingga 7.00 malam

 

PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN SELAIN DI ATAS YANG TIDAK MELIBATKAN PERKHIDMATAN PENTING NEGARA (ESSENTIAL SERVICE) HENDAKLAH DITUTUP SEPENUHNYA.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan dikehendaki mematuhi arahan ini bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas pihak tuan. Arahan ini adalah selaras dengan AKTA 342, AKTA PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 dan AKTA POLIS 1967 dan tertakluk kepada perubahan arahan terkini dari semasa ke semasa. Kegagalan pematuhan kepada arahan ini adalah SATU KESALAHAN JENAYAH dan boleh dikenakan HUKUMAN PENJARA SEHINGGA 2 TAHUN, DENDA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.

Arahan ini berkuatkuasa mulai Ahad, 22 Mac 2020 / 27 Rejab 1441H.

Arahan

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH TUMPAT

21 Mac 2020 / 26 Rejab 1441H