MENU

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Dato' Menteri Besar Kelantan dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2017 Negeri Kelantan pada 26hb Oktober 2016 telah mengumumkan mengenai tawaran pengurangan tunggakan denda cukai tanah sebanyak 90% di bawah kelulusan Pengarah Tanah dan Galian mengikut peruntukan Kaedah 17A, Kaedah-Kaedah Tanah Kelantan 1966.

 

Berikutan dengan itu, mana-mana permohonan pengurangan tunggakan denda yang diterima akan dipertimbangkan pengurangan sebanyak 90% tanpa mengambil kira kadar pengurangan denda yang sepatutnya layak dipertimbangkan sebagaimana Arahan PTG Bil.1/2011.

 

Tawaran ini berkuatkuasa bermula pada 01hb November 2016 sehingga Disember 2016 sahaja.