MENU

Sumber: Sinar Harian
Tarikh: 12/8/14

TUMPAT – Pengunjung Pasar Besar Tumpat diminta meletakkan kenderaan masing-masing di kawasan parkir yang telah ditetapkan bagi mngelakkan kesesakan lalu lintas.
    Pengguna jalan raya,Faridah Jenal,45  berkata,terdapat sesetengah pengunjung pasar itu  bersikap sambil lewa dengan meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan bersebelahan pasar.
    "Sikap seumpama itu boleh menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas kerana orang ramai sedia maklum bahawa kawasan ini sempit dan sehala.
    "Mungkin kedudukan kawasan parkir agak jauh daripada pasar atau kurang menyebabkan pengunjung meletak kenderaan di bahu jalan.Akhirnya keadaan ini mendatangkan masalah kepada pihak lain,"katanya.