MENU
Jawatan Keterangan Gred Kekosongan Tarikh Tutup Lampiran
IKLAN JAWATAN PPKP U32

MAJLIS DAERAH TUMPAT, KELANTAN
 

IKLAN JAWATAN KOSONG (JAWATAN KENAIKAN PANGKAT)

 
Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada Rakyat Negeri Kelantan), pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Gred U29 untuk mengisi kekosongan jawatan:
 

 

JAWATAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN, GRED U32

 

(a)

Klasifikasi Perkhidmatan

:

Perubatan dan Kesihatan

 

(b)

Kumpulan Perkhidmatan

:

Kumpulan Pelaksana
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)

 

(c)

Taraf Jawatan

:

TETAP

 

(d)

Bilangan Kekosongan

:

Satu (1)

 

(e)

Jadual Gaji

:

 

 

 

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

RM 2,331.00

RM 6,394.00

RM 155.00

 

 
 
1.         Syarat Lantikan;
 
            1.1.      Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
 

Warganegara Malaysia;

 

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

 
1.2.      Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Gred U29 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Gred U32 yang kosong setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:-
 

Telah disahkan dalam perkhidmatan;

 

Telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun daripada tarikh lantikan semasa (tidak termasuk kelulusan cuti tanpa gaji);

 

Bebas daripada tindakan tatatertib dan tindakan mahkamah;

 

Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima (5) tahun terakhir;

 

Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

 

Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

 

Calon yang mempunyai pengalaman kerja di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah menjadi keutamaan.

 
 

CARA MEMOHON:

 

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang asal MDT. 1 yang boleh didapati di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Majlis Daerah Tumpat dengan bayaran RM 3.00 setiap borang.

 

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar ukuran passport terkini, salinan kad pengenalan, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A dan ke atas.

 

Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A, bil. 17 Tahun 2005 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (Pengecualian kepada pemohon yang berkhidmat di Majlis Daerah Tumpat).

 

Hanya calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak Berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

 
 

Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:-

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TUMPAT
JALAN TANJUNG KUALA,
16200 TUMPAT,
KELANTAN DARUL NAIM.

 
Tarikh Tutup Permohonan : 29 November 2018 (Hari Khamis)
 
No. Rujukan Iklan      : MDT.D582(01)337/1/Klt.VI
 
 
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TUMPAT
16200 TUMPAT, KELANTAN.

U32 1 29 Nov 2018