MENU

Fungsi Bahagian Pusat Setempat (OSC)

  • Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan daripada pemohon;
  • Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan;
  • Membuat edaran permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk diproses dan jabatan/agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan;
  • Memantau permohonan-permohonan yang telah diedarkan kepada jabatan/agensi teknikal;
  • Memaklumkan kepada jawatankuasa pusat setempat mengenai permohonan yang telah diterima;
  • Mendapat maklumbalas lanjut daripada agensi teknikal sekiranya terdapat isu dan masalah;
  • Mengumpul dan menyelaras kertas perakuan yang disediakan oleh jabatan perancang, jabatan bangunan, jabatan kejuruteraan, berserta pelan pra-perhitungan untuk diangkat ke mesyuarat jawatankuasa setempat;
  • Mengedarkan keputusan mesyuarat jawatankuasa setempat terhadap kelulusan kebenaran merancang dan pelan pra-perhitungan kepada tanah bagi permohonan pembangunan tanah di bawah Seksyen 124 A dan 204 D Kanun Tanah Negara;
  • Bertindak sebagai urus setia mesyuarat yang menetapkan tarikh dan memastikan mesyuarat diadakan dua(2) kali sebulan dan meyediakan minit mesyuarat dan maklumbals untuk edaran;
  • Mengumpul kertas keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat setempat untuk dimaklumkan mesyuarat majlis penuh PBT.
  • Mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon, pembantah, dan jabatan/Agensi teknikal.